Microsoft Office - Excel
5 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniDalam kelas ini,mereka telah diajar dan belajar tentang:
Bab 1:
Memulakan Excel dengan menggunakan menu Start di desktop. Pelajar turut mendengar penjelasan tentang istilah penting dalam Excel seperti workbook, worksheet dan formula serta mengenali skrin Excel yang memaparkan elemen-elemen penting dalam Excel. Selain itu, para pelajar juga belajar untuk mengenal jenis-jenis data dan membuat latihan untuk memasukkan data ke dalam Excel. Kemudian, pelajar diajar bagaimana untuk menyimpan data tersebut dan menutup Microsoft Office Excel.
Bab 2:
Pelajar diajar bagaimana untuk menambah kolum ke dalam data yang telah dibuat menggunakan Autofil (Insert columns) dan menyimpan fail berkenaan.
Bab 3:
Pelajar diajar bagaimana untuk membuat helaian kerja yang disediakan lebih menarik dengan memasukkan tajuk, memasukkan field baru, menambah baris dan menyesuaikan kelebaran kolum dengan menjajarkan teks.
Para pelajar juga didedahkan dengan mobile e-waste dan check your label dimana mereka diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste).
Dalam sesi pembelajaran ini, para pelajar turut diberitahu mengenai pertandingan video pendek ‘Tidak pasti, Jangan kongsi’ dan digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Mereka juga diberitahu mengenai syarat-syarat pertandingan dan hadiah yang ditawarkan.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu selama 2 jam bermula dari pukul 2 ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: